Sunday 14 February 2016

Untukmu

Jika hatimu bersedih,
Begitu juga ku rasa,
Jika hatimu gembira,
Begitu juga ku rasa,
Jika hatimu berduka,
Begitu juga ku rasa,
Jika hatimu bergelora,
Begitu juga ku rasa,
Namun apa yang kamu rasakan
Adalah satu rasa yg telah ditetapkan oleh-NYA
Iaitu rasa DICINTAI DAN MENCINTAI.

Saturday 12 September 2015

Datangnya Cahaya Dalam Hidupku

Perasaan cinta dan kasih untukmu,
Dah lama bermain disanubariku,
Perasaan ini memang sukar untuk ku hapuskan,
Bila keheningan malam menyapaku,
Ku hanya Mengingatimu.
Dan bila kesejukan subuh ku rasai,
Ku bangun hanya untukmu,
Kaulah segalanya bagi diriku,
Kaulah jiwa dan nyawaku,
Kaulah penyeri hidupku
Kau amat bererti dalam hidupku.

SITI HAJAR BINTI YAACUB

Saturday 25 October 2014

Hatiku

Biar pun orang melihat ku gembira,
Biar pun orang melihat ku tertawa,
Biar pun orang melihat ku tersenyum,
Biar pun orang melihat ku bahagia,
Namun jauh di sudut hatiku,
Terdapat sesuatu yang ingin ku cari,
Terdapat sesuatu perasaan yang ku sendiri tidak pasti,
Terdapat sesuatu yang belum menjadi dalam hidupku.

Thursday 23 October 2014

Kasih Abadi

Seperti yang ku sangkakan,
jika aku berterus terang kepadamu,
maka hal ini akan terjadi.

Seperti yang ku sangkakan,
jika aku meluahkan perasaan ku padamu,
maka hal ini akan terjadi,

Seperti yang ku sangkakan,
jika aku mula merindui dirimu,
maka hal ini akan terjadi.

Seperti yang ku sangkakan,
jika aku bersifat jujur padamu,
maka hal ini akan terjadi.

Seperti yang ku sangkakan,
jika aku menyatakan sayang padamu,
maka hal ini akan terjadi.

Seperti yang ku sangkakan,
jika aku menyatakan ketelusan hatiku padamu,
maka hal ini akan terjadi.

Seperti yang ku sangkakan,
aku terpaksa mengharungi dugaan ini dengan tabah,
setabah mana pun hatiku,
ia tetap akan menagis sekalipun ia tidak mengalir melalui mata,
namun hanya allah yang maha mengetahui segalanya.


Wednesday 22 October 2014

Kehidupan



Kehidupan ,
Adalah satu perjalanan yang jauh,
Kehidupan,
Adalah satu pilihan dalam diri  kita,
Kehidupan ,
Adalah satu ujian bagi kita,
Kehidupan ,
Adalah satu titian bagi kita,
Kehidupan,
Adalah satu anugerah yang tidak ternilai bagi kita,
Namun disebalik kehidupan ini terdapat  seribu  ganjaran yang tidak terkira.

Wednesday 6 August 2014

Dimanakah Cinta

Dimanakah cinta,
persoalanya yang sering bermain di fikiran,
aku pun tiada jawapan,
sering kali aku mencuba,
acap kali aku kecewa.

Dimanakah cinta,
masih tiada tanda dan noktah,
kadang-kadang aku pun keliru,
bila aku sudah bersedia,
ia pergi begitu saja.

Dimanakah cinta,
satu tangapan yang mungkin ringan bagi seseorang,
tetapi tidak bagiku,
aku hanya berserah pada yang maha esa kerana ia lebih mengetahui segalanya........


Friday 7 March 2014

Cinta Yang Kekal

Cinta dan sayang sukar untuk difahami,
Cinta dan sayang sukar untuk dinilai,
Cinta dan sayang sukar untuk ditaksirkan
Cinta dan sayng sukar di luahkan
Tetapi cinta dan sayang pada yang Esa akan sentiasa kekal.

Cinta dan sayang sukar untuk dirasakan
Cinta dan sayang sukar untuk diterjemahkan,
Cinta dan sayang sukar untuk diramalkan,
Cinta dan sayang sukar untuk diwariskan
tetapi cinta dan sayang pada yang Esa haruslah sentiasa bertambah.
 ingatlah cinta dan sayang PADANYA akan membawa bahgia pada kita di akhirat
ingatlah cinta dan sayang PADANYA Akan membawa kegembiraan  kita di padang masyar.

sekadar untuk mengingati diri ini........