Saturday 14 January 2012

Permulaan


Kasih sayang seorang ayah

Ayah dan ibu,
Itulah permulaan kami,

Lagu ini merupakan lagu kegemaran shafiq iaitu seorang jejaka yang tampan serta berasal dari keluarga yang berada. Ayah shafiq merupakan seorang usahawan yang terkenal iaitu Dato Majid.Namun demikian ibunya telah meninggal selepas melahirkan shafiq.Sejak dari saat itu,ayah shafiq seakan menyalahkan dia kerana menyebabkan kematian ibunya. Oleh yang demikian ketika  masih kecil shafiq telah dipelihara oleh nenek dan datuknya kerana dato majid terlalu sibuk mencari mengumpul harta. Sejak dari kecil lagi ayahnya tidak pernah sekali pun melawat dia tetapi ayahnya tidak pernah lupa untuk mengirim wang kepada datuk dan neneknya untuk membesarkan dia. Ketika umur  shafiq 18 tahun nenek dan datuknya pula telah meninggalkan dia keseorang di atas dunia ini. Namun tuhan maha adil,selepas peristiwa kematian datuk dan neneknya,satu sinar baru serta harapannya selama ini telah dimakbulkan apabila datuk majid telah mengajak dia tinggal bersama beliau. Ayahnya bertanya “  Shafiq sudi ke tinggal bersama ayah?” luluh hati seorang anak yang selama ini tercari-cari kasih sayang seorang ayah  sedangkan  orang tua itu yang selama menyalahkan dirinya  akhirnya telah dapat menerimanya seadanya.Shafiq terus menitiskan air mata setelah dia dipeluk oleh datuk majid dan ini merupakan kali pertama shafiq dapat merasakan kasih seorang ayah yang selama ini dia langsung tidak terfikir untuk  merasainya.  Berada dalam pelukan ayah merupakan  perkara yang indah kepada sesiapa yang bergelar anak. Hal ini juga merupakan berkat  kesabaran  shafiq yang tidak jemu-jemu  meminta kepada yang Maha Esa  iaitu ALLAH S.W.T. Shafiq masih teringat kata-kata akhir datuk  sebelum mereka kemalangan  “shafiq,tuhan sentiasa mendengar rintihan kita,namun kita janganlah berputus asa kerana Dia akan tunaikan permintaan kita walaupun masa yang diambil begitu lama”.

Tunggu akan sambungannya............

No comments:

Post a Comment